Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMI DAH BOSAN!!


Kebanyakan lelaki sudah muak dengan personaliti muzik sensasi Amerika Syarikat dan Kanada, Lady Gaga serta Justin Bieber, menurut tinjauan sebuah laman web majalah, semalam.

Maklum balas lelaki oleh majalah online AskMen secara besar-besaran mendapat jawapan 70,000 responden dari Amerika Syarikat, Kanada, England dan Australia. Seramai 29 peratus lelaki bosan mendengar nyanyian atau celoteh Lady Gaga, penyanyi yang terkenal dengan penampilan seksi dan kontroversi, lapor Fox News.

Seramai 47 peratus lelaki tidak meminati Bieber, manakala 20 peratus tidak lagi menyukai pelakon Charlie Sheen. Bekas calon Naib Presiden daripada Parti Republikan, Sarah Palin menduduki tempat kedua (25 peratus undi), manakala Lindsay Lohan di tempat keempat (15 peratus undi).

Selebriti terkenal Amerika, Kim Kardashian dan adik-beradik Middleton, Kate dan Pippa juga semakin kurang tarikan dengan 17 peratus tidak mahu mendengar mereka lagi. Responden juga jemu dengan Barack Obama (12 peratus) dan Donald Trump (lapan peratus).

Lebih menarik 42 peratus lelaki Britain tidak mengikuti perkembangan terkini Kardashian. Selain itu, 30 peratus responden jemu dengan ahli politik Republikan, Sarah Palin, 34 peratus lelaki Australia dan dua peratus lelaki Kanada bosan dengan Lady Gaga.

No comments:

Post a Comment