Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KESELAMATAN MASJIDILHARAM DIPERTINGKATKAN


Pengesan besi dan letupan canggih akan dipasang di semua pintu masuk ke Masjidilharam bagi mengelakkan barangan yang dilarang dibawa masuk, kata Pengarah Jabatan Pengawal Keselamatan Masjidilharam, Leftenan Kolonel Fawaz al -Sahafi. Ketika ini, katanya, 180 petugas melakukan rondaan menerusi lima syif untuk memeriksa setiap pintu masuk masjid. Fawaz berkata, peraturan baru yang dipertimbangkan akan membolehkan pegawai keselamatan memantau pergerakan jemaah keluar masuk ke masjid.

Selain itu, kakitangan yang memakai pakaian awam akan menghalang mereka daripada membawa makanan selain dibenarkan mengikut peraturan. Pihak berkuasa turut memperkenalkan pelbagai pendekatan bagi memastikan keselamatan ketika musim haji tahun ini. Antaranya, memasang kamera di bangunan yang menempatkan jemaah, inisiatif trafik dan pelan pengurusan kesesakan di sekitar Masjidilharam, kata Pengarah Besar Keselamatan Awam, Leftenan Jeneral Saeed Abdullah Al-Qahtani.

No comments:

Post a Comment