Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUSHI HARAM | MENGANDUNGI BABI DAN ALKOHOL

 
Menteri Luar Jepun, Takeaki Matsumoto mengarahkan kementeriannya supaya mengelak memberi pengesahan mengenai keselamatan makanan Jepun. Pendirian kementerian itu berubah selepas daging lembu yang dicemari radioaktif dijual kepada pengguna di seluruh negara berkenaan, kata sumber yang dipetik agensi berita Kyodo. Pencemaran daging dipercayai disebabkan ternakan diberi makan batang padi tercemar dengan isotop cesium yang dikeluarkan loji nuklear Fukushima Daiichi.

Bagi menangani kebimbangan yang meluas mengenai bekalan makanan, Kementerian Luar memberitahu kedutaan dan pejabat diplomatik di luar negara supaya menerangkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan, pengimport dan organisasi media mengenai pendekatan yang diambil kerajaan untuk menghalang makanan tercemar daripada masuk ke saluran pengedaran awam. Kementerian turut meminta pejabat diplomatik mengulangi pendirian mendedahkan maklumat keselamatan dengan tepat. Pada 8 Julai lalu, Matsumoto berkata beliau mahumengurangkan kebimbangan mengenai keselamatan makanan dengan apa yang dibuat kerajaan untuk menghalang makanan tercemar daripada masuk ke rantaian makanan.
 

No comments:

Post a Comment