Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUNUH ANAK KERANA PERMAINAN VIDEO GAME




Seorang remaja lelaki dijatuhi hukuman 27 tahun penjara setelah terbukti membunuh anak kandungnya sendiri kerana merasa terganggu ketika sedang asyik bermain permainan video.

Andrew Keith Johnson mengaku bersalah dengan pembunuhan yang dilakukannnya pada Oktober 2010 yang menyebabkan anak pertamanya sendiri yang bernama William Johnston terbunuh. Demikian seperti diberitakan Yahoo News.

Mike Randles yang merupakan salah seorang peguam dalam perbicaraan itu, mengatakan Johnston telah memberikan kenyataan bertulis yang menyebut tentang dirinya yang merasa terganggu ketika anaknya menangis dalam pangkuannya. Kemudian anak juga dianggap mengganggunya ketika Johnston sedang bermain permainan video.

William dikhabarkan menderita pendarahan otak dan meninggal seminggu setelah dirawat di hospital. Laporan autopsi mengatakan William meninggal kerana trauma yang tidak disengajakan.

Menurut peguamcara, Johnston telah mencekik anaknya dengan sangat kuat, menggoncangnya dan juga membalingnya.

Tindakan tidak berperikemanusian lelaki ini menunjukkkan nilai kemanusian semakin nipis di dalam masyarakat kita sehingga menyebabkan kematian anak kandungnya sendiri, dunia-dunia..

No comments:

Post a Comment