Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HARIMAU MALAYA MEMBUNUH KERANA CEMBURU


Seekor harimau jantan bernama Wzui (gambar) mati setelah diserang oleh pasangannya di Zoo El Paso, Amerika Syarikat (AS).

Kejadian berlaku apabila harimau betina Malaya berusia tiga tahun, Seri menggigit leher Wzui yang tiga tahun lebih tua, menyebabkan harimau jantan itu mati akibat keurangan oksigen.

Ketika kejadian, kedua-dua binatang buas itu sedang mengawan di zoo berkenaan.

"Kami tidak menjangka perkara seperti ini akan berlaku," kata pengarah Zoo El Paso, Steve Marshal.

Menurutnya, serangan itu dipercayai berpunca daripada cemburu.

Wzui sebelum ini katanya, pernah mendampingi seekor harimau betina bernama Melor yang tiba dari Zoo Tulsa hujung tahun lalu.

No comments:

Post a Comment